Friday, April 11, 2008

Babi

Minggu ini, kalau kita menatap akhbar perdana, isu penternakan babi di Selangor menjadi isu panas sepanjang minggu. Memang patut pun, bukankah babi kegemaran orang Malaysia? Orang bukan Islam gemar memakannya, walaupun aku juga pernah mendengar cerita ada juga orang Melayu yang memakannya, tetapi itu kes terpencil. Orang Melayu pula bila mencarut, memang gemar menyebut-nyebut nama haiwan itu. "Babi kau!!". Begitu keras dan kasar bunyinya apabila memaki menggunakan perkataan tersebut tanda protes kepada sesuatu atau seseorang. Seperti mana aku memaki akhbar tersebut yang ternyata tiada tanda untuk berubah sampai bila-bila pun.

Bagi aku, ini isu bagi orang-orang yang baru kalah pilihanraya lepas mendapatkan simpati orang Islam untuk melemparkan kecaman dan ancaman terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk.

Pada aku ini bukan isu nasional pun nak dijadikan berita utama yang di baca di seluruh negara, dan di debatkan di kedai-kedai kopi, di mana-mana orang berkumpul dan masing-masing pula bercakap macamlah faham sangat dengan mekanisma membela babi. Macamlah pernah pegang babi pun! Sepatutnya akhbar nasional seperti mencerna pemikiran rakyat supaya lebih kritis terhadap isu-isu pokok seperti isu perundangan negara yanng harus diangkat martabatnya setinggi mungkin dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut. Isu ekonomi rakyat-rakyat marhaen yang makin terbeban dengan kenaikan harga barang dan isu penyalahgunaan kuasa atau rasuah oleh pemimpin dan pegawai kerajaan yang lebih jijik daripada babi itu sendiri.

Usahlah lagi dipolitikkan lagi isu babi ini kerana aku sangat yakin yang Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pasti tidak akan membelakangkan kepentingan rakyat, bukan untuk satu pihak saja, tetapi untuk semua rakyat keseluruhannya. Kerajaan negeri mesti mengambil tindakan dan membuat satu keputusan yang dapat memuaskan hati antara pengusaha ternakan dan penduduk setempat. Win-win situation is a must.

Anda mahu babi lagi? Sila baca : Khir Toyo dengan komentar babinya dan Mohd Ezli Mashut dalam blognya The Power.

Hari ini di ruangan sukan The Star, aku terpempan dengan berita hukuman oleh FAM ke atas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terhadap isu lari dari klinik untuk pemain penyerang Malaysia di mana 4 pemain Selangor, Akmal Rizal, Safee Salee, Indra Putra Mahyuddin dan Amirulhadi Zainal yang pulang awal sebelum tamat klinik tersebut bagi membuat persiapan berdepan dengan Perak bagi perlawanan pusingan kedua Piala FA.

FAS telah didenda (keseluruhan) RM 34,000.00 dan 3 mata dalam Liga Super dipotong dari jumlah mata keseluruhan.

Apakah rasionalnya jumlah mata tersebut dipotong? Apakah tindakan ini wajar? Mereka bukan lagi kerana ada perlawanan liga tetapi Piala FA. Apa kena mengena dengan mata dari Liga Super? Aku kecewa kerana mereka hanya 'lari' dari klinik tersebut di hari terakhir dan terdapat pasukan negeri lain yang tidak menghantar pemain-pemain mereka pun ke klinik ini. Adakah itu bukan juga menunjukkan bahawa pasukan lain juga tidak patriotik? Apakah kewajaran FAM melaksanakan klinik itu semasa pertandingan-pertandingan penting kelolaan FAM sedang berlangsung?

Inilah yang aku katakan, dalam pada FAM melaksanakan format liga bola sepak profesional dan sepenuh masa, badan FAM itu sendiri tidak profesional dalam kerja mereka.

Satu lagi tindakan bodoh dari FAM. Bodoh tak bertempat! Babi betul la!!!


No comments:

StatCounter