Thursday, April 10, 2008

Terkenang Masa Itu....

Masa itu umur aku kalau tak silap, 5 tahun. Arwah abah atas kerusi rotan, tengah baca surat khabar. Arwah mak pulak duduk sebelah dia, borak-borak dengan abah sambil aku juga baca surat khabar atas lantai. Dari umur aku 4 tahun lagi aku dah boleh baca surat khabar. (Ni arwah mak aku yang cakap sendiri, bukan aku). Aku baca kuat-kuat. Tapi yang lemahnya, bila sampai tang huruf 'R'. Aku pelat 'R' masa kecik-kecik dulu. Jenuh cuba tapi tak berjaya. Penat mak aku tarik-tarik lidah aku suruh sentuhkan ke lelangit, dan hembus udara ikut mulut pada masa yang sama. Gagal juga.


Sampailah hari itu, aku berjaya menyebut huruf R dengan jayanya. Sebelum ni aku sebut R macam huruf Arab 'Ghain' -- 'Agh', macam 'R' tak lawas makcik aku cakap. Tak faham pulak aku maksud makcik aku sebenarnya masa tu.


Melompat-lompat aku bila dapat bunyikan 'R' tu dengan betul. Arwah mak ketawa, tapi abah senyum je. Lepas tu satu hari aku bantai dok sebut huruf tu sampai malam. Takut esok pagi bangun lupa nak sebut dengan betul.


Yang bestnya, petang tu arwah abah bawak aku pergi Tanjong Karang, makan roti canai, kira macam hadiah la. Dah pandai sebut 'R' lah katakan...


Sampailah sekolah menengah, ada sorang awek duduk belakang aku time aku form 1, seorang yang macam aku dulu juga, pelat 'R'. Hari-hari kena kutuk dengan aku dan member sebelah meja fasal tak boleh sebut R betul-betul. Dan hari-hari jugaklah aku kena smash dengan buku teks kat belakang aku.


hehehe....

1 comment:

LaiLa said...
This comment has been removed by the author.

StatCounter