Monday, April 28, 2008

Weekend Round Up

Semalam dari pagi dah keluar dari rumah, destinasi pertama, pergi ke jualan gudang Metrojaya di Seksyen 15 Shah Alam. Jam 10 sudah sampai di sana. Ramainya orang tidak terkata. Jumpa si Farah Cipuding, shopping sakan dia. Lepas bayar, berselisih dengan kakak pengusaha Restoran Cereka berdekatan pejabat aku, tempat aku selalu makan tengahhari.



Ramainya manusia!


Berasak-asak berebut barang yang telah merudum harganya dipotong 70%

Kemudian aku terus ke Seksyen 3 untuk bersarapan sambil membaca suratkhabar dan sambil memikir kemana lagi arah hendak dituju. Ma'am bagi cadangan pergi ke Gardens, ada sale untuk baby's wear. Sampai sana, tak banyak item yang dijual. Terus sahaja kami melangkahkan kaki ke Mid Valley. Oh ya, tengah baca The Star semalam ternampak satu artikel tentang KLAB (KL Alternative Book Fest) lepas tu tengok ada nama member aku, Zulhabri mentioned a few times dalam artikel tu. Huh, dah glamer lepas ni jangan lupa member Bert! heh.


Poster Iklan KLAB


Sampai di Centre Court, ada pertunjukkan fesyen pula dari Padini. Lepak-lepak tengok kejap, terus ke Jusco menuju ke baby's department. Sambil tunggu ma'am cari baby's wear, aku dengar mp3 sambil nyanyi-nyanyi, sesekali ma'am siku aku pasal aku nyanyi kuat sangat. Haha.. ingat dekat rumah ke nak melalak-lalak suka-suka hati.


Menunggu model keluar dari pentas, penonton mula teruja


Model-model jinjang memperaga barangan dari Padini

Dekat kaunter bayaran, sebelah telinga dok dengar mp3, sebelah lagi dok dengar ma'am cakap, sambil tu aku tertoleh kebelakang. Kebetulan ada seorang budak perempuan tengah sedu sedan baru lepas menangis tengah jalan dengan ibunya. Aku tengok budak tu, rasa macam pernah nampak. Lepas tu teringat dekat iklan Astro. Alah, iklan yang budak perempuan petah bercakap, yang cerita pasal channel discovery dekat ayah dia yang kata "Ayah tau tak, otak burung unta lebih kecil dari matanya..hihihi".

Haa, budak yang tu la.

Aku cakap dekat ma'am, "Eh tu bukan budak yang dalam iklan Astro tu ke?"

Ma'am menoleh, lepas tu aku tengok mak budak tu, berhenti berjalan, pastu pandang belakang, maksudnya pandang ke arah aku seraya berkata, "Bukan! Bukan!", sambil melambai-lambaikan tapak tangan tanda tak setuju dengan kata-kata aku tadi.

Ma'am dah gelak-gelak, aku pun gelak, ingat aku cakap slow, rupanya terkuat pulak lah volume suara! hehehe... Tapi serius muka budak tu sebijik macam muka budak dalam iklan tu. Tak tipu..

Lepas tu aku pergi lunch, nampak lagi muka macam familiar. Lunch di Nando's. Cuba ingat-ingat siapa empunya muka ni, rupa-rupanya supplier aku.

Lepas lunch, terus ke padang TUDM Subang untuk menonton perlawanan ragbi antara team MBSA dengan X-Lion UiTM untuk merebut piala Divisyen 2 di mana kedua-dua pasukan telah layak untuk bertanding di dalam divisyen 1 untuk musim depan. Sebetulnya saja nak menonton perlawanan ini fasal dah lama tak tengok ragbi dan kedua-dua team ini ada sahabat-sahabat aku, si Cpot dari team MBSA dan Pet (ex-coursemate n ex-housemate aku di UiTM) dari team X-Lion.


Pet melakukan aksi terbang ke udara


Cpot berjersi 18, tampak macho dari belakang..hahahha!


Pet. 2 dari kiri (pakai skull cap) Cpot, 3 dari kanan (stokin biru pakai skull cap jugak)

Perlawanan berlangsung sengit dengan ada banyak insiden ketegangan leher dan kecederaan berlaku. Perlawanan berakhir dengan kemenangan di pihak X-Lion UiTM menumpaskan asakan MBSA dengan kiraan mata 12-8.

Lepak sampai petang sikit, tengok kejap final Divisyen 1, RSC lawan PIB. Nampak kelibat artis Sharifah Sofea. Damn!

Kemudian terus ke Pak Li lepak minum-minum bersama-sama rakan, Ajid, Kacap, Toji, Giteng (Adik Ah Sok), Apai dan Aida, Jibam dan Cpot. Lepak sampai lebam sampai jam 10.30 baru pulang.

Oh ya, semalam birthday aku, thank to my sayang for the surprise :O! For the cake and for the present. Oh ya and thanks to your berlakon-lakon tidur sampai pukul 12 malam, ingat nak relax-relax takde kejutan ala-ala AF hehehe...


Kek birthday


Surprise..Surprise!


Hoh! Jersi baru ke?


Owh, towel LFC rupanya, mmuuaahhh!!

Thanks for the SMSes and wishes for my beloved bros and sohabats. Adik aishah, kakak, opi (Cis angah ngan syam lupa besday Along aarr??), Apai, Areen, Litat, dan Toji, Jibam, Ajid dan Cpot selepas aku bagitau, cist! hehehe... (and labu kejap tadi dekat YM)

huh, dah tua dah, 27 is quite a worrying stage huh?

2 comments:

kooreen79 said...

huhhh..macam diari la plakss..lengkap satu hr bercerita..apa2pun hepi birthday dan semoga pnjg umur murah rezeki..

aranhellstorm said...

tq koreen...heh.... biasala mood nak menulis tgh ade, kasi tuliss..

StatCounter