Friday, April 18, 2008

Jalan-Jalan Balik Kerja

Semalam orang rumah aku tak larat nak pandu kereta sendiri, biasalah, tengah sarat, jadi aku pergilah menghantar orang rumah aku ke tempat kerja di Balakong, Cheras. Macam biasa, sampai pejabat, punch card merah semedang.


Jadi balik kerja pun aku pergi ke Balakong untuk mengambil orang rumah. Oleh kerana baru mendapat wang insentif dari bos, kerana banyak kerja malam pasal connection works pada bulan lepas, aku pun bersemangatlah membawa isteri kesayangan ke Alamanda Putrajaya.

Cadangan asal nak belanja makan dan tonton wayang. Sudah beberapa lama tak keluar tengok filem di panggung wayang. Masa dekat pejabat tadi masuk website GSC pasal nak tempah tiket online, tapi tak dapat. Jadi pergi terus ke kaunterlah, ada atau tidak, belakang cerita.

Sampai sana, terus pergi usha tiket. Ada banyak lagi seat, midweek tak berapa ramai kot orang nak tengok wayang, lagipun GSC Alamanda ni baru sahaja dibuka. Beli 2 tiket untuk filem Street Kings. Keanu Reeve dan Forest Whitaker. Dua-dua aku minat ni jadinya filem ini jadi filem wajib tonton akulah.

Lepas beli tiket, pergi makan dulu. Lepas pusing satu food court Alamanda, tiada yang berkenan, akhirnya ke Secret Recipe, walaupun dah tak berapa nak 'secret' dah menu-menu yang ada disana, pasal dah selalu sangat makan di situ. Sebelum tu round-round kiosk jualan telefon, teringin nak beli telefon baru, telefon bimbit aku sekarang ini asyik buat hal saja. Saja tengok-tengok Nokia MusicXpress 5610 macam best je. Walaupun di hati berkenan dengan N95, tapi mahal sangat la pula. Huhuhu...


Yang Ini?


Atau Ini?

Masa nak naik escalator depan Ayamas ke tingkat atas, orang rumah aku kata dia nampak macam Hamka, classmate aku masa upper form. Aku intai-intai di celah escalator masa aku dalam perjalanan naik ke tingkat atas, memang betul lah dia dengan isterinya. Pergi shopping barang dapur agaknya di Carrefour.

Lepas makan, aku pun terus bergerak ke panggung. Dalam perjalanan bertembung pula dengan Hamka, kali ni dapatlah bertegur sapa. Sekarang dia tinggal di Sg Merab dengan isterinya, katanya mungkin dah sebulan mengandung. Tahniah bro!

Street Kings memang best lagi suspense. Banyak pula watak-watak drama TV seperti Amaury Nolasco aka Sucre dalam Prison Break, dan Hugh Laurie aka Dr House dalam siri tv House. Juga watak-watak yang biasa membawa watak lawak seperti Terry Crews (White Chicks, Click, Idiocracy, etc) dan Cedric the Entertainer (Big Momma House, The Honeymooners) tetapi dalam filem ini membawa imej kasar, bengis dan samseng.


Poster Street Kings

Filem ini berdurasi 1 jam 50 minit. Memang berbaloi bagi mereka yang gemarkan filem bercorak aksi dan kepolisan. Sesiapa yang gemar menonton siri tv The Shield juga memang sesuai menonton filem ini.

Jam 12 baru sampai rumah. Mengantuk tak ingat, lepas tu terus lelap.

No comments:

StatCounter