Ucapan II
Seperti manusia yang gembira apabila permintaannya ditunaikan si pari-pari dalam cerita-cerita dongeng ataupun drama-drama dari Indonesia, ataupun para-para dalam sitkom komedi Senario, aku amat bersyukur kepada tuhan kerana dengan serta-merta keluhan aku didengari dan dimakbulkanNYA. Semalam, satu 'reunion' mini telah diadakan di Restoran Hakim seksyen 7 Shah Alam, pada jam 6 petang.
Mereka yang hadir adalah Megat, Ihsan, Ahsok, Giteng (adik Ahsok yang telah melalui 'extreme makeover'), Kacap, Bert, Labu dan isteri, Cpot, Jibam dan saya sendiri. Saudara Apai pada mulanya mengesahkan kehadiran, tetapi tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
Apa pun, aku rasa amat gembira kerana dapat juga bertemu dengan sahabat-sahabat yang dirindui. Semoga, ada masa nanti dan jikalau panjang umur, dapatlah kita beramah mesra di lain masa nanti.
p.s : Kepada Blek, Ajid, jangan jeles arr... kat tempat korang takde Nasi Candu Cap Hakim.... heh...
p.p.s : Emon, bila lagi nak jadi penaung kewangan kami kat Hakim.... hehehe... merasa nak gak dok bawah 'payung' Petronas.

2 comments:
kau mmg pandai bikin panas
faiz: jgn marah arrr... heh
Post a Comment