Wednesday, July 11, 2007

Kena Belasah, Apa Cerita??

Kalah 1-5, di hadapan lebih 18000 penonton malam tadi memang sesuatu yang memalukan. Bilangan gol sahaja sudah menceritakan segala-galanya. Belum lagi sentuh bab teknikal, taktik, semangat, dan lain-lain.

Sudah, aku sudah malas hendak cerita fasal bolasepak Malaysia. Buang masa dan sia-sia, melainkan yang berkenaan FAM, KBS dan lain-lain secara serius untuk memikirkan cara-cara untuk berubah, bukan sahaja merobah tampuk kepimpinan, tetapi merombak semula struktur dan format pertandingan juga apa-apa yang difikirkan perlu demi masa depan bola sepak negara.

Aku betul-betul marah, menyampah, kecewa, gusar dan muak dengan aksi kita pada malam tadi. Piala Asia bukanlah tempat kita dan bukan tahap kita. Bak kata Shebby semalam, Malaysia mungkin berada di Divisyen 3 Asia jika ingin dibanding dengan China, Iran dan Uzbekistan. Memang tepat sekali contoh yang diberikan beliau.

Soalnya, sampai bila kita akan berada di takuk begini? Hendak tunggu ranking kita terus jatuh terperosok ke tangga 200? ataupun hendak tunggu sama dengan Aruba? Timor Leste? Montserrat? Monte Negro? (yang bersama-sama berkongsi di kedudukan ke 199)

Kepada yang berkenaan, peminat sudah menunjukkan sokongan, tolong hargainya dan mungkin selepas ini tiada lagi yang akan mengambil tahu akan jatuh bangunnya bolasepak kita. Maka Mokhtar Dahari dan rakan-rakan akan tinggal menjadi lagenda. Mungkin atas sikap kita, anak cucu kita mungkin takkan mengenali bolasepak Malaysia, dan lebih arif tentang dunia bolasepak luar. Fikirkanlah FAM!

2 comments:

ahmad razif yang rok said...

aku rasa pasukan dari Kumpulan C akan layak memasuki suku akhir berdasarkan kelebihan jaringan gol. China dah selesa dengan 5 gol masa lawan Malaysia tempoh hari. Uzbekistan yang telah kalah dengan Iran sebelum ini pastinya akan bermain bermatian untuk menyumbat gol sebanyak mungkin masa lawan Malaysia nanti. Iran pula pastinya bercita cita untuk membelasah Malaysia dengan jaringan yang lebih banyak daripada kedua2 team tadi, agar dapat menjadi juara kumpulan.

sebenarnya ape yang aku nak ceritakan kat sini, Malaysia ni sebenarnya pasukan belasahan je dalan Piala Asia ni...hanya akan dipergunakan untuk ketiga tiga team tadi macam ape yang aku explain kat atas tu...

aku daripada dulu pertikaikan, mengapala bangang sangat FAM melobi negara kita ni jadi host...dah agak dah mesti jadi camni punye...kerana apa? kerana kita MEMANG TAK LAYAK DAN TAK AKAN LAYAK bertanding kat tournament ni...

aranhellstorm said...

betulll..sokong tanpa ada bangkangan..... bikin panas aje...

StatCounter