Thursday, February 21, 2008

Jangan Merungut Saja

1. Harga bahan bakar sentiasa naik sedangkan kita negara pengeluar minyak mentah.

2. Gula, Minyak masak, tepung boleh 'hilang' dalam rantaian pasaran kepenggunaan, sedangkan kita juga mempunyai ladang-ladang kelapa sawit yang luas. Kilang gula punya besar di Batu 3 tu, pun boleh susut di pasaran.

3. Jalanraya ataupun lebuhraya hari-hari penuh sesak dengan kenderaan, tapi yang dibina lebuhraya berbayar, makin menyusahkan rakyat biasa macam aku.

4. Tol bagi lebuhraya-lebuhraya kerapkali naik, sampai bila nak ada tol rakyat pun tak tahu.

5. Hubungan antara kaum makin jauh renggang, masing-masing bersangka-sangka antara satu sama lain. Dasar yang ada, polisi yang ada, kerajaan yang ada langsung tak membantu usaha perpaduan antara kaum yang benar-benar padu. Bukan setakat gah pada slogan.

6. Kebebasan bersuara dan kebebasan media ditahap yang tak berapa nak bebas, cakap atau tulis perkara-perkara yang berbeza aspirasi dengan kerajaan dilabelnya sebagai mengkhianat, antikerajaan, pro-pembangkang, dan pelbagai nama lagi, atau silap haribulan boleh kena tangkap ISA didakwa kerana menghasut.

7. Media semua sudah menjadi tunggangan kerajaan, kemana lagi hendak menyuarakan rasa tidak puas hati kalau jadi begitu? Tentulah dengan tunjuk perasaan secara aman, berkumpul ramai-ramai, bawa sepanduk, luahkan rasa tidak puas hati. Tapi tak boleh juga, sebab itu perhimpunan haram, kalau buat juga, merasalah kena tembak dengan air gatal, ataupun dihambat polis. Jadi, ke mana lagi mahu mengadu? Bayangkan kalau zaman Malcolm Macdonald dulu dia ada pasukan FRU, tentu sekarang kita jadi Malayan Union bukannya Malaysia.

8. Institusi kehakiman tidak lagi dipandang mulia. Rakyat ramai yang mempersoal, (ramai juga rakyat yang tak ambil tahu), Raja Nazrin menyeru supaya institusi kehakiman tidak jadi macam teater bangsawan, penuh drama. Ada pula siasatan terhadap orang biasa yang ada kuasa menentukan siapa hakim negara. Apa kes?

9. Kita hari-hari dimomokkan dan diperbodohkan dengan rasa takut dan propaganda demi propaganda oleh kerajaan melalui media massa. Sampai aku dah naik muak, nak tukar siaran pun hati-hati, takut-takut terpicit butang 101 atau 102 pada alat kawalan jauh Astro, sebab boleh menyebabkan muntah dan pening-pening. Kenapa tak nak lawan atas padang yang sama rata?

10. Harga barang asyik naik. Gaji juga tak naik-naik. Apa usaha kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang?

"Ini adalah sebahagian usaha aku berkempen untuk Menidakkan Majoriti 2/3 Barisan Nasional Dalam Pilihanraya Akan Datang - sekian terima kasih"

5 comments:

Cik AnGaH Lee said...

salam bro!
huuuu..CONGRATS! becoming daddy! ;p
uitt..maksudnya ape nih ek..?
"Menidakkan Majoriti 2/3 Barisan Nasional Dalam Pilihanraya Akan Datang"
maknanya SOKONG ke TIDAK?
almaklum laa..aku kan x paham sgt ayat2 politik nih...
huhuhuh..

ely said...

hubby,
hati2 bila menulis..dlm keadaan 'hangat' camni bloggers pun dah kena label - ANTI segala ANTI..ceh!!

Anonymous said...

takut apa sahabatku sekalian..sememangnya betul apa yg dikata oleh penulis ni..aku sokong 1000%..berani krn benar. kita kaya dgn bahan mentah tp kita bergantung dgn dunia luar. Inilah akibat prjanjian dasar yang tak betul tlh kerajaan buat. cuba lihat Brunei, knp mrk blh bg hrga minyak murah? knp kita tidak? adakah krn kita tertakluk dgn pasaran dunia? atau brunei itu minyak akhirat? tak tertakluk ngan pasaran dunia..renungkanlah..kooreen79

Anonymous said...

"Menidakkan Majoriti 2/3 Barisan Nasional..." tu bermaksud kita cuba usaha untuk kurangkan bilangan kerusi BN di parlimen mahupun kerusi di peringkat negeri. Sekaligus ianya bakal diisi dan ditambah oleh wakil pembangkang. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan ape yang orang panggil 'check and balance'. Dengan yang demikian segala usul mahupun cadangan yang yang dibentangkan oleh kerajaan di parlimen nanti takdela terus diluluskan bulat bulat seperti yang berlaku sekarang ni. Kerana sebelum pembubaran parlimen tempoh hari, negara Malaysia amat kekurangan wakil pembangkang di parlimen. Tak patut berlaku.

Rakyat Malaysia masih lagi tak memahami dan tidak sedar betapa pentingnya fungsi pembangkang dalam pentadbiran negara. Aku rasa ran better ko cite pasal mende ni dgn lagi detail plak. Walaupun tak dapat nak suarakan secara umum at least dapat suarakan kat kawan2 kita kira ok sangat la tu.

aranhellstorm said...

toon army: orait bro..gua try sedaya upaya berkempen supaya majoriti dan hegemoni BN dapat dikurangkan utk kebaikan kita bersama...

StatCounter