Monday, December 22, 2008

Cerita Dari Gambar Dalam Handphone

"Satu hari, ketika saya sedang mencari ruang untuk meletakkan kereta di suatu tempat meletak kenderaan, tiba-tiba perut saya memulas, sebab tu saya letak macam tu..."

"Saya rabun, tak nampak line..."

"Saya OKU..."

"Saya nak cepat, ada meeting tadi.. dah lambat...so..."

"Aku bayar apa, aku punya sukala!!!"

Maybe antara alasan yang diberi oleh tuan punya kereta di bawah ini. Kalau OKU mungkin boleh terima, tapi kalau bukan OKU, aku kira OKU jugak, sebab kepala otak dia la yang kurang upaya, ye tak? Otak letak kat lutut kot?












***

Iklan:

Nokia S Series, terbaharu. Murah dan mampu milik. Tak perlukan bateri dan tidak perlu mengecas. Hanya perlu membeli dua (satu pasang) dalam satu resit, kalau tak, tak boleh guna. Cepat! Sebelum kehabisan stok!








Friday, December 19, 2008

Champions League 08/09 KO Round Draw

Petang ni jam 7.00 akan berlangsung undian untuk Knock Out Stage UEFA Champions League musim 08/09.



Petikan dari laman web UEFA.com:

Further conditions
  • Clubs from the same association must not be drawn against each other.
  • The winners and runners-up of the same group must not be drawn against each other.
  • The group winners must not be drawn against each other.
  • The group runners-up must not be drawn against each other.
  • The group runners-up shall play their first-leg match at home.

2008/09 UEFA Champions League
First knockout round – to be played 24/25 February and 10/11 March

Group winners

A AS Roma (ITA)
B Panathinaikos FC (GRE)
C FC Barcelona (ESP)
D Liverpool FC (ENG)
E Manchester United FC (ENG)
F FC Bayern München (GER)
G FC Porto (POR)
H Juventus (ITA)

Group runners-up

A Chelsea FC (ENG)
B FC Internazionale Milano (ITA)
C Sporting Clube de Portugal (POR)
D Club Atlético de Madrid (ESP)
E Villarreal CF (ESP)
F Olympique Lyonnais (FRA)
G Arsenal FC (ENG)
H Real Madrid CF (ESP)


Jadi dari 8 pasukan dari group runners-up, hanya ada 5 pasukan yang berkemungkinan untuk bertemu LiverpoolFC di pusingan kalah mati.. Inter, Sporting Lisbon, Villareal, Lyon dan Real Madrid...

Pasukan mana yang akan menentang pasukan aku, Liverpool FC?Harap-harap dapat Real Madrid.. nak sangat aku jumpa team The Galacticos ni....heh

Macam-macam Hal lah!

Sudah sekian lama aku tak menatap akhbar, sama ada fizikal ataupun online. Berita di kaca tv pun sudah lama aku tak mengikuti. Sama ada aku benar-benar sibuk ataupun malas mengambil tahu. Kedua-duanya mungkin.

Tapi, ada masanya aku akan mencari sumber berita apabila ada cerita-cerita atau artikel-artikel di blog-blog untuk aku pastikan kesahihan artikel mereka.

Terkini tentang hasrat kerajaan untuk menjual kepentingan mereka di dalam IJN kepada Sime Darby. Terima kasih kepada A Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais kerana meningkatkan awareness aku dalam isu ini.

Aku terfikir, ini adalah satu bentuk penswastaan dan penswastaan menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih, ataupun lebih mahal lagi. Lebih teruk, ianya akan bertambah mahal sehingga rakyat biasa tidak mampu lagi untuk mendapatkan rawatan di sana.

PM dan TPM pun menjustifikasikan tindakan mereka ini supaya dapat kita terima dengan kata-kata manis "PM, TPM mahu jaminan golongan miskin tidak terpinggir" - Utusan

Setakat memberikan jaminan sesiapa pun boleh, sedangkan bersumpah dengan nama Allah pun ada yang melanggar, apatah lagi sekadar dengan jaminan yang manis di mulut. Aku puji Chua Soi Lek, walaupun terlibat dengan skandal yang melibatkan isu moralnya namun pemikiran dan pendapat yang mengutamakan rakyat kesuluruhannya dekat dihati aku.

"Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat" - Chua Soi Lek, Utusan

Apa perlunya penswastaan jika tidak terdapat masalah dalam urusan mentadbir IJN menggunakan dana kerajaan? PM sendiri cakap :

"...pengambilalihan itu jika berlaku bukan bermakna kerajaan tidak mampu menanggung kos operasi IJN tetapi mahu melihat hospital yang khusus dalam rawatan jantung itu dapat diperbesarkan dan dipertingkatkan lagi kecemerlangannya" - Utusan.

Jadi, apa perlunya penswastaan IJN?

Lalu aku teringat tentang dokufilem yang aku tonton di HBO bulan sudah, 'Sicko' arahan Michael Moore, yang terkenal dengan dokufilem 'Bowling for Columbine', tentang realiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Amerika Syarikat. Bagi yang belum, silalah menonton dokufilem tersebut. Dokufilem tersebut membandingkan sistem kesihatan yang bercampur-campur (dibiaya oleh sedikit dari kerajaan pusat dan tempatan, manakala kebanyakkannya dari sektor swasta-syarikat insuran dan pembiayaan sendiri) seperti di Amerika, dan pembiayaan penuh kerajaan seperti yang diamalkan di Perancis, UK dan Cuba.

Aku malas nak ulas dokufilem tu, cuma nak bagi tahu supaya kamu boleh tonton dan bandingkan dengan isu yang kita hadapi sekarang.

Jadi, secara common sense, ini aparat-aparat kapitalis memberikan janji untuk tidak meminggirkan golongan miskin, adakah boleh dipercayai? Mereka hanya mahu keuntungan dari pelaburan mereka apabila dikira dan diaudit setiap kali berakhir tahun kewangan. Istilah 'welfare' tak pernah ada dalam kamus golongan kapitalis ni...

dan apabila PM dan TPM pula memberikan janji, adakah boleh dipercayai? Ahh..dulu kata minyak takkan naik, alih2 esoknya naik tak ingat-ingat, kata ekonomi kuat tapi orang hilang kerja hari-hari... so ingat aku nak percaya?

Sebagai rakyat kita wajib menghalang ini dari berlaku.

p.s: tak mau jadi macam John Quincy Archibald (lakonan Denzel Washington) dalam John Q (2002), aku tak cukup duit atau takde insuran nak buat pemindahan jantung, karang ada plak yang kena tahan jadi tebusan kat IJN tu.

Monday, December 15, 2008

PD Family Day @ Regency -- Updated Version

Sementara aku menunggu upload gambar ke Facebook ni habis buat kali kedua (1st time tadi fail), baik aku coretkan dulu rentetan cerita di PD hujung minggu yang lalu. (update, 4 kali fail dah ni...tensen plak aku ngan facebook nih...!)

Pre-PD Family Day 12/12/2008 - Jumaat

Jam 830 malam aku mula gerak dari rumah di Puchong bersama orang rumah dan Sarah Afiqah, menuju Bayu Beach Resort di mana saudara Cpot sedang keseorangan di sana, oleh kerana ingin menemani beliau dan membuat persediaan untuk hari berlangsungnya Family Day di Regency Tanjung Tuan Beach Resort. Aku dalam keadaan kurang bermaya kerana demam melanda dan merampas suara merdu bak buluh perindu aku ni sampai dah jadi macam Ella terkena tibi.

Kira-kira jam 930 malam aku sampai di PD, cari tempat makan dan call sdr Cpot yang juga belum makan lagi, dan mendapat khabar, saudara Pujan n Family juga akan bersama. Sdr Hazly juga dalam perjalanan bergerak menaiki KTM Komuter ke Seremban dan akan sampai jam 10.30 malam, dan sebetulnya beliau telah tersilap tarikh kerana mengandaikan program bermula pada Jumaat malam. Nasib baik ada kami, kalau tak lepak kat Terminal One Seremban la ko Li... heh...

Selepas makan, hantar barang kemudian bersama Sdr Cpot pergi ke Seremban untuk mengambil Hazly. Kemudian membuat beberapa pusingan di bandar Seremban sebelum dapat mencari jalan keluar ke PD.

Jam 12 lebih baru tiba di Bayu Beach, aku, Cpot, Hazly dan Pujan n family terkunci dari luar beberapa minit kerana line telefon yang teruk tidak dapat menghubungi orang rumah aku yang berada di dalam.

13/12/2008 - Sabtu

aktiviti sendiri, jalan-jalan pergi Pekan PD yang tak pernah aku pergi walaupun dah banyak kali datang ke PD.

jam 2.30 petang, panggilan telefon bertalu-talu dari rakan-rakan yang telah tiba, dalam perjalanan dan juga yang bertanyakan arah. Dengan suara yang hidup segan mati tak mau ini, tak banyak membantu mereka yang bertanyakan arah, cuma bagi yang dah sampai, jawapan standard "on the way" diberi, mudah ringkas dan kurang mendera anak tekak aku.

Jam 3.15 sampai di Regency yang terletak lebih kurang 1 km dari Bayu Beach, AJK yang diketuai oleh Syah sedang sibuk mengatur penginapan untuk para peserta. Walaupun terdapat masalah berkenaan dengan tempat tinggal, ianya tidak menjadi alasan untuk merampas keceriaan para peserta dan dengan hati yang ceria, semua masalah menjadi mudah untuk diselesaikan.

Beberapa reshuffling tempat tinggal dilakukan di mana aku juga terpaksa berpindah dari penthouse blok B tingkat 10 ke penthouse Blok A tingkat 10, meletihkan namun menyeronokkan. Teringat zaman duduk asrama, mengusung beg-beg besar kesana kemari di hari pendaftaran.

Sebelum itu aku dan family bersama newly wed couple, Jibam n Siti ke kawasan rehat berhampiran untuk menikmati makan tengah hari yang tertangguh pada jam 500 petang. Lewat kemudian sdr Cpot menyertai kami. Kemudian kami ke The Store di Pekan PD untuk mencari beberapa pakaian mandi Sarah Afiqah dan BBQ Sauce untuk acara BBQ malam nanti.

Kira-kira jam 630 sampai di hotel penginapan, ambil beg-beg dari blok B naik ke tempat baru di blok A, kemudian turun menyertai rakan-rakan yang lain bermain Beach Soccer. Setelah azan maghrib dilaungkan kami semua pun naik ke unit penginapan masing-masing untuk membersihkan diri tanpa ada Cikgu Zul aka Kaplai menghambat kami menaiki motosikal Honda Rider nya... hehehe....

Jam 8.00 malam, majlis makan malam pun bermula, dipengerusikan oleh subtitute aku, en Cpot.
Selepas ucapan doa pembukaan oleh suami kepada Pn Zaiti Ngaliman, ucapan dari pengarah program cik Syiqin Hilal aka Syah, ucapan dari orang kuat Alumni batch 96/98 Sdr Dzulhamka yang datang singgah walaupun terpaksa meninggalkan sebentar orang rumah yang masih berada dalam pantang untuk menjenguk rakan-rakan di PD.

Selepas doa makan yang ringkas dan padat dibacakan oleh Sdr Labu, para hadirin pun mengambil makanan yang terhidang. Makan malam kami amat menarik sekali kerana diadakan diluar, sambil berlatarkan bunyi desiran ombak yang menghempas pantai.... kami pun makan dengan penuh berselera sekali, kecuali aku kerana ingin menguruskan badan seperti Sdr Emon dan Sdr Kama yang telah berjaya menerusi program diet 30 hari oleh satu produk yang dirahsiakan namanya. hahahaha....


Inter frame ramai2 sebelum pulang ke bilik.. pics courtesy of Dzulhamka

Kami duduk lepak sambil berborak di selang seli dengan game sambil-sambil makan. Game 'Teka orang di sebalik tirai" menggamatkan suasana malam kami. Aku gelak terbahak-bahak walaupun tiada suara...memang menyeronokkan...dapat melupakan seketika masalah Ekonomi Dunia yang menuju Depression, masalah Bolasepak Tempatan dan juga masalah Politik Semasa...hehehe...


Cik Asiah memberikan pose khas untuk MangkukTingkat


Bekas anggota nasyid dan the rejects Islamic Beat. Tengok Kama, sudah langsing kan? terima kasih tummitrimmm...!!

Selepas itu jam 11.00 malam peserta-peserta mulai naik ke atas, tinggal a few handful of people yang masih tegar untuk lepak dan berborak like there's no tomorrow di bawah, sambil-sambil abang bangla pekerja hotel mengusha-usha kami dan mungkin mengutuk kami didalam hati sambil berkata dalam bahasa Benggali "tak reti-reti nak tido ke derang nih??"

Sedang kami melepak, tiba pula beberapa rakan yang ingin menjenguk kami di sini, iaitu Sdr Ah Sok dan isteri, Seri, Sdr Koyok dan teman wanitanya. Mereka dari Tanjong Karang menghadiri perkahwinan X-SMKAKS, iaitu Sdr Ridzuan Hamdan aka Martet. Hari dan kawasan yang sama juga berlangsung satu lagi majlis perkahwinan X-SMKAKS iaitu Sdr Shahrizan Subagia aka Wak Bagia.

Sampai jam 1 pagi, cuaca mula menunjukkan tanda-tanda mahu hujan dan ribut. Sdr AhSok n Co yang datang tadi pun mahu pulang kerana Sdr Koyok terpaksa bekerja pada keesokkan harinya, tinggal kami yang terdiri dari aku, Jibam n Siti, Kacap, Apai, Cpot, Labu, Ijam dan dipenghujung sesi Pujan turun untuk bersama kami. Kelihatan orang rumah aku juga rancak berborak dengan orang rumah Apai, Sdri Aida di tepian kolam mandi, dan beberapa rakan-rakan dari kalangan peserta wanita yang masih bujang seperti Syah, Nonoi n co bersantai ditepian pantai sambil menikmati hawa dan bayu malam.

Jam 1 lebih kami mencari tempat berlindung kerana angin bertiup kencang dan tak lama selepas itu hujan pun turun dengan lebatnya. Malam yang memang dinanti oleh semua pasangan yang sudah berkahwin lebih-lebih lagi seperti Sdr Kacap n Jibam...hehehe...

Kami lepak di kafe Api-Api sambil online dari laptop Apai dan bermain Kad. Lebih kurang jam 1.45 pasangan newly wed Jibam n Siti pun meminta diri...kami yang faham akan hasrat hati seorang rakan, dengan rela hati melepaskan mereka pergi...hahahahaha....

Kacap pun dah naik awal lagi secara senyap-senyap semasa kekecohan mencari tempat berteduh tadi....pandai lu arr...heh....Kira-kira jam 3 pagi barulah kami naik ke tempat penginapan masing-masing.

14/12/2008 - Ahad Last Day

Jam 730 pagi baru terjaga. Mandi-manda dan kemudian dengan mata dan kepala yang berat turun ke kafe untuk bersarapan. Rakan-rakan yang lain sudah pun berada di sana. Ada beberapa kerat lagi mungkin sedang berlingkar di atas katil sambil disembur udara nyaman dari unit-unit air cond berkuasa 1.5 HP. hehehe....

Selepas sarapan, jam 9.30 ada telematch akan berlangsung ditepian pantai. Team aku menang 3-2 dalam 5 set telematch yang berlangsung menentang pasukan Loser dikepalai oleh Sdr Apai. Hehehe.... Big L for you bro! Team aku - Emon, Cpot, hubby Zaiti - Sdr Yusof, hubby Noe - Sdr Amin, Megat, Hazly, Syah, Nuhaa, Aida wife Apai dan Kacap. Team Loser pula comprises Apai, Jibam n Siti, Ijam, Nonoi, Asiah, Baim, Pujan, Kama dan hubby Ainul Maa'wa - Sdr Joe .


tengok team Apai, kena titik 10 tiang main terompah gergasi...hahaha


team gua bersorak keriangan kerana tak jadi the loser...


Selepas itu aktiviti riadah seperti bermain bola tampar pantai dan banana boat mengambil tempat. Kebanyakkan kami membuat aktiviti sendiri seperti berkubang di laut ataupun swimming pool atau sekadar strolling along the beach bagi menikmati panorama indah.

Jam 11 kami pun naik dan bersiap-siap untuk check out, selepas sesi fotografi dengan survivors kerana ramai yang dah balik,kira-kira jam 2 ptg kami pun meninggalkan Regency pulang membawa memori yang indah lagi bahagia...


pose last sebelum pulang


Sebelum pulang, kami makan tengahhari bersama-sama di Restoran Nasi Ayam Mak Mah sebelum berangkat pulang. Aku, Apai dan Jibam berkonvoi bersama di dalam hujan lebat melalui pekan Sepang, Litar F1 Sepang dan KLIA sebelum berpisah mengikut haluan masing-masing.


Lagi gambar di facebook.

Wednesday, December 10, 2008

Tanah Runtuh

Lepas satu, satu jadi. Hari ini, orang dah lupa tentang kereta yang kena timbus dekat Jalan Semantan (yang ingat pun, tuan punya kereta la pasal maybe tak boleh nak claim insurans pasal bencana) sebab ada satu lagi tanah runtuh yang melibatkan kematian dan kerosakan harta benda, dan yang terlibat adalah orang-orang kaya yang mampu buat rumah besar-besar di kaki/lereng bukit, VIP-VIP dalam atau luar negara, artis dan orang-orang yang ada nama... err kenamaan lah tu.

Takziah aku ucapkan kepada semua mangsa.

Lalu semua bantuan, askar, helikopter, jambatan, hatta kedai mamak free ada disediakan. Malah ada pula cadangan bagi tempat tinggal di hotel secara percuma untuk mangsa-mangsa.

Terfikir aku kalau penduduk Flat Sri Wangi kena bencana semacam ini, agak-agak ada ke suara-suara untuk cadang bagi hotel free pada mangsa-mangsa ini?

Bukanlah aku nak jadi jurucakap untuk golongan bawahan, rakyat marhaen, golongan pekerja, working class, orang miskin, rakyat biasa yang cukup makan dan pakai, tapi sekadar untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Makcik pakcik yang ke'banjir'an di Pantai Timur, Utara dan Selatan hatta di tengah-tengah bandaraya, pusat penempatan sementaranya kalau tidak di dewan orang ramai pasti di balai-balai raya.

Jadi bila ia berlaku di kawasan penempatan VIP-VIP ni, ada pulak suara nak cadang bagi hotel free? Ada macam layanan anak emas untuk para Dato'2, Tan Sri2, Ekspatriat2 pula ni?

Buat penempatan sementara sudahlah, mungkin selama ni tak pernah bertegur sapa dengan jiran-jiran, bila berlaku bencana sebegini hubungan penduduk setempat dan sekitar boleh jadi lebih erat,moga-moga akan menjadikan mangsa-mangsa ini menjadi manusia-manusia yang lebih baik di masa akan datang, lebih faham keadaan mereka-mereka yang tinggal di dalam pondok usang, yang mungkin makan sehari sekali, tanpa siapa ada datang membantu, kecuali bila team Bersamamu TV3 datang baru lah pihak-pihak yang berkepentingan datang menempel, bila tiba musim pilihanraya barulah datang lagi menunjukkan muka memberikan bantuan.

Lagi nak bagi hotel free? Lemak pun naik beb... Duit siapa nak hulur tu? Kalau dari poket sendiri gua tak heran dan tak bising lah beb...

Lepas tu dok salahkan kerajaan sekaranglah, kerajaan dululah, relax, bencana dah datang, tangani lah bersama-sama, lepas dah settle, dah ada siasatan dan bukti, ikut channel yang ada, tak perlulah nak raih populariti setiap kali ada isu timbul, naik muak dah la gua... Semua orang nak bercakap, mangsa pun tak tau nak dengar 'hok mane se'. Sudah-sudahlah, hentikanlah 'blame game' ni.... kepada Khir Toyo sudah-sudahlah tunjuk-tunjuk jari tu pada orang lain. Sejak Highland Towers pada 1993 sampai la 8 Mac 2008, Selangor masih di bawah BN, dan baru beberapa bulan PR memerintah takkanlah tiba-tiba muncul pulak rumah-rumah yang menimbun kat atas bukit tu? Agak-agaklah nak blame pun...

Entahlah..letih dah la aku...

p/s: Team bola Malaysia pun, lagi buat aku letih

Thursday, December 4, 2008

Yer Fucking Arse Hole punya Magpies Fan!

You fucking racist/Islamophobic pigs! Jibam.. team lu ni lebih la....

Wednesday, December 3, 2008

Perpaduan Kaum di Malaysia, antara Retorik, Realiti dan Masa Depan

Isu kaum dan bangsa di Malaysia sudah lama diperkatakan dan mutakhir ini, ia menjadi mainan kata, bunga bahasa dan topik perbincangan juga bualan kosong baik bagi ahli politik, pengarang/wartawan media massa, organisasi-organisasi sama bersangkut paut dengan kerajaan, parti politik ataupun yang bergerak bebas dan juga rakyat jelata amnya.

Sesudah 51 tahun mengecapi kemerdekaan dari British (45 tahun bagi Malaysia Timur), kita masih lagi dihantui dengan isu-isu perkauman ini dan ketika ini, setiap usaha dan cadangan untuk menyatukan kita semua dibawah satu payung bangsa akan berdepan tentangan dari golongan-golongan yang masih lagi berfikir dengan minda pra-merdeka. Golongan-golongan ultra tak kira dari orang Melayu, Cina, India, Kadasan Dusun, Iban dan lain-lain yang berjuang atas nama (atau jenama?) bangsa masing-masing untuk menunjukkan kejaguhan mereka dalam isu melibatkan kaum mereka.

Sesudah 51 tahun merdeka, kita juga masih lagi memandang perbezaan antara kita sebagai satu sebab untuk kita tidak mengambil tahu dan mengenali antara satu sama lain. Kita lebih senang bergaul dan bersosial dengan rakan-rakan yang serumpun dengan kita dan dalam pada masa yang sama kita bersikap apathy (tidak mengambil tahu) tentang isu-isu yang dihadapi oleh warganegara yang tidak sebangsa dengan kita - termasuklah penulis sendiri. Seringkali berlaku sesuatu perkara, seperti senario ini, ketika memandu di jalan raya, sesuatu perkara yang kita tidak suka berlaku, katalah sebuah kereta tiba-tiba sebuah kereta memotong dengan kurang ajarnya di hadapan kita, dan perkara pertama yang kita buat ialah melihat perbezaan antara kita dan dia. "Owh, Cina..patutlah...". ataupun sebuah kereta memandu secara perlahan di hadapan kita selepas kita memotongnya, "Patutla slow, perempuan drive". Kita begitu cepat untuk jump to conclusion dengan melihat kepada perbezaan-perbezaan ini. Ini adalah realiti dan penulis percaya kita semua pasti pernah melalui dan mengalami senario ini. Kita jarang untuk melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yang lebih luas.

Dan selalunya isu ini, mesej mengenainya disentuh sama ada secara halus, kasar ataupun sinikal tetapi mendalam melalui iklan-iklan, filem-filem mahupun di dalam comic strip. Sebagai contoh iklan Petronas untuk perayaan Hari Kemerdekaan, seringkali membawa permasalahan jurang pemahaman antara kaum dan perbezaan itu sebagai topik dan wacana di dalam iklan mereka.

Secara amnya, jika dari luar kita dilihat orang seperti hidup aman dan tenteram dalam negara yang berbilang kaum, tetapi hakikatnya perasaan tidak puas hati yang terpendam di dalam hati setiap rakyat Malaysia terhadap 'the other fellow Malaysian' semakin hari semakin buruk, seperti sebiji bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Na'uzubillahi min zalik.

Namun, jika kita amati, terdapat banyak punca kenapa perkara ini berlaku dan semakin membimbangkan. Kenapa kita masih berfikir di dalam kepompong minda perkauman yang sempit seperti ini, terutama di Malaysia ini, banyak perkara yang menjurus kepada percambahan benih-benih perkauman ini. Dari sistem politik sehinggalah ke bidang sukan. Sistem politik kepartian kita berpaksikan kepada tunjang kaum ataupun di dominasi oleh sesuatu kaum hingga hilang identiti keMalaysiaannya , dari semenanjung hinggalah ke pulau borneo, UMNO, MCA, MIC, USNO, DAP, PBB, Gerakan dan lain-lain. Itu belum lagi mengira parti-parti dari Malaysia Timur yang mewakili suara anak negeri, semua ini memang tidak menggalakkan perpaduan kaum. Mungkin ada yang berkata mereka bersatu di bawah satu lambang sama ada BN atau PR, namun adakah itu dinamakan bersatu? Bersatu tentang apa? Merebut jawatan dalam kabinet? Barisan Exco? Siapa yang akan jadi PM, Menteri itu, menteri ini? Ternyata mereka hanya akan bersuara jika hak mereka keatas kerusi-kerusi pentadbiran kerajaan tidak diberikan. Kita lihat ini selepas sejurus selepas pilihanraya lepas, baik BN ataupun PR. Kenapa kerusi untuk wakil India dalam barisan exco terlalu sikit? Kenapa wakil dari Sabah/Sarawak kurang dalam kabinet? Dan dalam kes lain, Kenapa orang Cina boleh jadi Pengarah PKNS? Lalu berdemo, berpiket, tunjuk perasaan, serah memorandum, bising-bising di sana sini.

Apakah orang Melayu takkan dapat beli rumah bila orang Cina jadi Pengarah PKNS? Apakah orang India tidak akan maju jika kurang wakil mereka di dalam kerajaan? Apakah Sabah Sarawak akan dianak tirikan jika kurang wakil mereka di dalam kabinet? Dalam situasi yang mungkin antara kita tak dapat bayangkan, adakah orang Melayu akan kebuluran atau hilang pekerjaan dan tempat tinggal jika seorang rakyat Malaysia yang bukan Melayu jadi Perdana Menteri? Jika ya, sememangnya kita punya masalah yang besar kerana pemimpin-pemimpin kita tidak dapat berfikir diluar cakupan sempadan darah daging keturunan mereka, lalu mengabaikan tanggungjawab mereka kepada orang yang bukan sebangsa. Jika tidak, kenapa mahu bising-bising?

Seterusnya kita lihat sistem pendidikan. Penulis setuju benar dengan cadangan Mukhriz Mahathir walaupun dalam sinikal aku berpendapat ini tidak lain adalah sebagai cara untuk mengetengahkan dirinya didalam lanskap politik Malaysia, namun apa yang beliau utarakan itu, aku betul-betul setuju benar. 100%. Tetapi bukanlah dengan idea untuk mengenepikan hak kaum-kaum ini menjalankan sistem pendidikan mereka, tidak sama sekali tidak. Namun dalam konteks untuk memperkasa perpaduan nasional, maka idea ini tidak harus ditentang dan dipandang ringan, dan jangan hanya tinggal cadangan semata. Idea penulis adalah sistem pendidikan kita harus memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua rakyat tanpa mendiskriminasi sesiapa, dan dapat meningkat taraf hidup rakyat supaya mereka dapat menikmati kekayaan di negara ini dengan tanpa halangan, justeru mana-mana warganegara yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah 'aliran perpaduan nasional' ini harus diberikan banyak keistimewaan supaya dapat menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Keistimewaan itu termasuk biasiswa, mudah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Sekolah tersebut perlulah mengamalkan dasar merit untuk memastikan anak-anak warisan bangsa ini dapat bersaing sesama mereka dan pencapaian mereka itu adalah semata-semata kerana usaha dan berkat doa mereka.

Bukan lagi tentang anak si A tu dapat masuk universiti kerana dia Melayu, dan anak si B tu tak dapat biasiswa sebab dia India, misalnya.

Di dalam bidang lain juga seperti sukan misalnya, kenapa perlu ada kategori-kategori yang mengkhususkan sesuatu acara itu untuk sesuatu kaum sahaja? Ini sudah tentu bertentangan dengan visi pemimpin terdahulu seperti Tun Dr Ismail yang berharap untuk melihat penyatuan seluruh rakyat Malaysia yang 'buta kaum'. Dalam konteks ini, bagi penulis, pertandingan-pertandingan yang mengasingkan kaum atau terdapat unsur 'segregation' tidak perlulah lagi dipertandingkan, seperti dalam sukan bolasepak Piala Emas Raja-Raja untuk Melayu sahaja, Piala Bardhan untuk kaum India sahaja perlulah dihapuskan kerana bertentangan dengan cita-cita perpaduan nasional dan membazirkan wang, sukan-sukan lain seperti ping pong dan bola keranjang kenapa perlu ada kategori bukan cina atau bukan melayu? Adakah kita masih hidup di dalam zaman atau era Martin Luther King bangkit menyampaikan ucapan 'I Have A Dream' di atas tangga Memorial Lincoln? Ataupun pada zaman perhambaan? Walau apa jua alasan sekalipun, perpaduan nasional perlulah menjadi agenda terpenting pemimpin sama ada dari BN atau PR, dan mereka perlulah dapat berfikir di luar kotak dan bukan lagi di dalam tempurung.

Realiti dan hakikatnya, kita masih lagi jauh untuk menjadi seperti demokrasi di US, kita masih lagi jauh untuk menukarkan impian ini menjadi kenyataan selagi isu-isu yang memandang kepada sisi sempit perkauman ini menjadi dendangan telinga dan cernaan minda kita sehari-hari, atau setiap kali pilihanraya atau setiap kali perhimpunan agung parti-parti politik berlangsung, namun jalan ke arah itu pasti terbentang luas jika kita bangun dan menyuarakan hak kita dalam pilihanraya dan menolak parti-parti ataupun politik perkauman yang sempit ini masuk ke dalam longkang sejarah.

Wednesday, November 26, 2008

10 Teratas - Most Played Song in My N95 aka MP3 Player

Naik kereta, jalan jauh, kadang-kadang lagu yang dimainkan di corong radio tidak menepati selera halwa telinga aku. Jenuh ditekan-tekan butang preset station pada sistem stereo kereta, dari Hot FM ke Sinar FM, Dari Hitz ke Mix Fm, dari IKIM fm hinggalah ke Klasik FM... mungkin tiada satu lagu pun yang berjaya menambat hati yang kebosanan memandu berseorangan ke sana ke mari.

Namun aku ada hand phone yang mempunyai pelbagai guna. N95 kesayangan yang kerap kali membuat aku tension kerana cepat sangat baterinya kong! Salah satunya pemain MP3, download dari internet, terus boleh di dengar, berikut adalah 10 lagu yang kerap di dengar pada mp3 player aku aka Nokia N95.

10. Ekspres Rakyat - Kembara : bapak layan la lagu ni, dari kecik aku ingat-ingat masa umur aku 5 tahun kot.. dengar dan sing along lagu ni.

9. When Love and Hate Collide - Def Leppard : rock kapak beb..rock kapakkk....

8. Wake Me Up When September Ends - Greenday : aku kenal band ni sejak zaman sekolah menengah masa form 1 - album dookie, sampai la sekarang, boleh lagi layan lagu-lagu diorang ni, tapi lagu ni paling aku layan sekali tak pernah boring... tu pasal selalu aku dengar lagu ni.

7. The Chemistry - Butterfingers : suka muzik derang nih... lagu ni kalau tengah ngantuk2 tengok kereta sebijik kat depan pun macam ade 2-3 bijik, baik la layan lagu ni. Mujarab.

6. Setelah - ACAB : hardcore skin memang bengang dengan Meg and co pasal buat lagu ni, jiwang, meleleh... tapi gua layan jugak..janji sedap dengar beb..

5. Kawan - UNIC : errr...ada gak lagu nasyid dalam mp3 gua ekk?? hehehe....

4. Where Have All The Bootboys Gone - ACAB : ni influence dari budak-budak oii dari Johor masa belajar kat ITM dulu.... hehehe.. sampai sekarang tak boring-boring la dengar lagu ni..

3. Bagaikan Sakti (PGL OST) - M Nasir & Siti Nurhaliza : aku pelik kenapa lagu ni jarang main kat radio, even masa PGL tengah hot dulu, and macam tak berapa popular... aku suka betul dengar lagu ni... main repeat 2-3 kali pun tak jadi hal lah..

2. Fields of Anfield Road - Supporters of Liverpool FC (to the tune of Fields of Athenry by Pete St John) : lagu ni aku baru je download bulan lepas, dah masuk top chart dah, bayangkan berapa banyak kali aku dengar lagu ini ulang-ulang satu hari?

1. Rehab - Amy Winehouse : lagu yang menang Song of The Year/Record of the Year dalam Grammy Award tahun ni memang memabukkan la.. sama macam tuan punya lagu, otak pun dah jadi mereng pasal asyik mabuk todi atau mabuk dadah... nasib baik yang dengar tak jadi macam dia...


hmmmm.... bila tengok balik, takde ke lagu-lagu terkini yang aku dengar? Entah semua bosan je aku dengar..... dah tua agaknya aku ni.. taste pun terarah kepada yang dolu-dolu je....heh

Monday, November 24, 2008

Kambing punya kambing!! &%(@)$*%!

Di pagi sabtu yang hening.. baru lepas minum kopi, dengan sebatang rokok yang baru dinyalakan, aku menuju ke belakang rumah bersenjatakan sebuah kamera, atas satu tujuan, ingin mengabadikan gambar kambing yang bakal terkorban untuk kenduri aqiqah Sarah Afiqah lepas Isyak malam nanti.

Bapa mertua yang aku panggil ayah, sedang mengasah parang di belakang rumah, kedengaran dari kejauhan, bunyi besi yang sedang berlaga dengan batu asah, berdesing lagi mengilukan gigi. Kambing hitam, bercoreng putih pada mukanya, sudah mengangkat kepala, tanda berhati-hati kerana ada satu susuk manusia menghampirinya.

Aku bergerak perlahan mencari angle untuk mengambil foto kambing yang fotogenik itu, namun tatkala baru aku ingin menekan butang on pada kamera, tidak semena-mena, kambing itu mengangkat kakinya seperti ingin melompat lalu menarik tali tambatan yang terlilit dilehernya seraya terputus talinya.

Aku kaget, "alamak, kambing terlepas ni!" bisik aku dalam hati. Dalam mencongak-congak membuat keputusan untuk menghambat kambing yang berlari dengan pantas mengharungi belukar dengan berseluar pendek dan berselipar jepun sahaja ataupun tindakan seperti makcik yang diragut beg tangannya di pekan oleh peragut bersiri, aku mengambil jalan yang sama dengan makcik yang diragut beg tangannya itu.

Aku laung "Ayah! Kambing dah lariiiii..!!", dan tatkala itu, kambing tersebut telah pun sampai di rumah sebelah, menuju ke arah jalan raya...

Aku berlari menuju ke arah jalanraya, tapi dalam keadaan separuh bogel, nasib baik orang rumah aku melemparkan baju kearahku, kalau tidak satu kampung dapat tengok free show.

Ayah suruh start motor, kambing dah tak nampak kelibat. Sampai depan, ada jiran cakap, kambing dah lari ke seberang jalan. Ahhh sudah... aku fikir, ada yang kena redah bendang pulak ni karang. Aku pun terus mengemudi jentera skuter comel yang tak berapa nak comel itu terus menuju keseberang jalan raya. Ronda punya ronda, tak juga kelihatan kambingnya. Aku meneruskan rondaan hinggalah tiba-tiba mati pula enjin skuter akibat kehabisan minyak....

kambing punya kambing! tak pasal-pasal aku kena menyorong motor tengah-tengah bendang tengah-tengah panas pulak tu, dah la berat nak mampus, tak pasal-pasal dapat groin injury pasal menyorong dari atas seat.

Nasib baik ada good samaritan, Abg Rashed, yang pernah muncul dalam kaca tv untuk iklan Pertanian adalah perniagaan, membantu aku menuntun motosikal aku. Sampai rumah, Ayah kata dah order seekor lagi... nasib baik.

Kami semua sudah pasrah, kalau tak jumpa bermakna tak ada rezeki.


Kambing subtitute, turun lori je terus kitorang ikat...


sejurus lepas tu, kami sembelih lalu dilapah kulit dan dagingnya


Majlis Marhaban dan Cukur Rambut


Sebelum kehabisan, baik gua bedal dulu kurmak kambing dan kari tulang kambing ni....


tok imam memotong rambut Sarah Afiqah yang bertenang sepanjang majlis berlangsung..


Tapi, semalam, on the way ke Teluk Intan, ayah telefon bagitau ada orang dah jumpa kambing, kakinya terbenam dalam sawah. Ada senyuman terukir di wajah aku.

p.s: kambing yang lari itu akan dibuat lauk Hari Raya Korban nanti...hehehe...

Monday, November 17, 2008

Entah

Sejak akhir-akhir ni, aku sering berjumpa/terserempak dengan ramai kenalan dan rakan-rakan yang sudah lama terputus hubungan.

Masa kenduri Kacap, aku jumpa Ahmad Syukri aka Sarai, dormmate/senior aku masa kat sekolah. Lepas tu aku jumpa Mimok, senior, kat seksyen 10 Shah Alam. Sempat jugak minum2 teh walaupun waktu pejabat.

Opps..sebulan sebelum tu, budak junior aku masa sekolah, yang juga ex-dormmate aku dulu, Amirudin Asas aka Wak Rudi datang pejabat aku. Deal kontrak dengan bos. Tak sangka boleh jumpa dekat sini, kecil nya dunia ni kan?

Kenduri Shazareen aka Areen dua minggu lepas, aku jumpa Radziah yang dah berkurun aku rasa tak jumpa, sejak lepas sekolah kot? Fairuz Liza, Asiah semua bekas classmate aku dulu. Sayang tak dapat lepak lama, walaupun banyak benda nak borak maklum saja dah lama tak berjumpa.

Jumaat lepas, di Surau Kota Kemuning lepas solat Jumaat, terserempak pulak ngan Azlan Kasim, ex-classmate masa Form 3 dulu. Dia ni last jumpa tahun 2005 tak silap, kat Shah Alam.
Apa lagi, lepak-lepak lagi di waktu kerja sambil minum-minum teh di restoran mamak yang berhampiran catch up benda-benda yang lepas-lepas.

Hmm....apakah tandanya agaknya ya?

p/s: aku terlupa, sorang lagi member aku, I bumped onto him dekat Ibu Pejabat Syabas 2 minggu lepas, Isaac Palong, ex-coursemate aku masa kat ITM dulu.... heh.

Friday, November 14, 2008

Isi Masa Lapang Anda Di Pejabat (Bila Bos Takde arrr...)

Ini website buat aku leka la satu hari ni. Klik di sini.

Antara imej yang terhasil melalui Photofunia yang aku hasilkan satu hari ini...








thanks to Labu yang memperkenalkan aku kepada website ni... ni Labu buat..





alah..bukan susah pun, upload gambar je... heh....

Tuesday, October 28, 2008

Kenduri Kacap

Ahad lepas, aku dan orang rumah (Sarah ditinggalkan bersama Uwannya di rumah) ke Sg. Nibong atas satu tujuan murni, iaitu meraikan Pengantin yang tak berapa nak Baru, Sdr Kacap dan Cik Nora. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakamkan.



Sebelum balik, amek gambar ramai2 dulu..


Ah Sok memberikan petua rumahtangga kepada Kacap, dan errr...Toji...


Senior gua masa kat Semekak dulu..Sarai pon ade.. lama x jumpa


Nih apehal nak kontrol serius nih?


Raja turun jenguk2 rakyat...


Balik dari rumah Kacap, kami ke Sg Gulang-Gulang untuk menziarah sambil menemani Jibam menghulurkan kad jemputan mereka kepada Cikgu Zul atau nama timang-timangannya Kaplai, heh... walaupun pada mulanya Toji, Ah Sok dan Labu ingin mengikuti namun tidak tercapai hasrat mereka kerana terdapat urusan lain.



Cikgu Zul memperkenalkan rokok berperisa vanilla self made kepada kami...heh

lagi gambar di facebook.

Heh...Heh...Heh..

The physical presence of Drogba was missed against Liverpool's defensive partnership of Jamie Carragher and Daniel Agger, who dealt with everything that was thrown at them with great courage and authority. The fact that Chelsea were pumping long balls into the box in the first place, though, was a sign that the home team had run out of ideas. That was a tribute to a Liverpool side who provided the perfect away performance, full of poise and assurance, rock solid at the back, dangerous on the break and underpinned by a formidable amount of hard work. Chelsea will move back into the mix when they start to get their injured players back but they may still find it hard to dislodge Liverpool from the Premier League summit.

Oliver Holt, Daily Mirror


Dipetik dari laman web rasmi Liverpool FC.tv

Wednesday, October 22, 2008

Blank

Blank sial. Tak tau nak tulis ape.

Wednesday, October 15, 2008

Lepas Raya

Dah 15 hb, bil ma'na, dah 15 hari dalam bulan raya. Makin dekat nak hujung, makin banyak jemputan open house, syarikat atau persendirian.

Minggu ni sibuk dengan tender. Jumaat nak hantar, menggelupur nak siapkan. Dah BQ tebal 10x kamus Dewan, dengan gigi sakit, apa punya turrr lah...

By the way, another books dah sampai dari Amazon.com. Nak cari kat sini, macam takde, terpaksa beli online.




Carra My Autobio and Rush The Autobio sudah sampai


Minggu lepas, buat makan-makan kat rumah di Puchong, kepada yang hadir, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sanggup datang jauh-jauh untuk menghayati semangat raya. Ampun dan maaf jika ada kekurangan dari pihak kami sekeluarga.

Menu : Laksa dan Roti Jala


Antara yang hadir


Antara yang hadir

More pics on facebook

Salam Aidilfitri.

Saturday, September 27, 2008

Salam Lebaran


Buat teman-teman, sahabat yang dikasihi, kenalan-kenalan, pembaca blog Mangkuk Tingkat ini, saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon ampun atas segala kekhilafan dalam perbuatan, tutur kata dan penulisan di blog ini yang mungkin ada mengguris hati dan perasaan kalian, harap segalanya dapat dimaafi.

Salam Aidilfitri.

Tuesday, September 23, 2008

Family Day Ex-Semekak @ PD 2008

Kepada semua x-SMKAKSians batch 94-98 adalah saya dengan segala hormat dan berdatang sembah serta salam menjemput kalian ke Family Day X-Smkaksian di Port Dickson.

Butir-butir lanjut sila klik di sini

Friday, September 19, 2008

Buka Puasa @ Bagan Seafood

Cuti Nuzul Quran tempoh hari, selepas tidur panjang sampai tengahhari pasal berjaga malam tengok game Champions League, Marseille v Liverpool, petangnya, aku, orang rumah dan Sarah Afiqah bergerak menuju ke Port Klang, atas satu tujuan murni, berbuka bersama sahabat-sahabat.

Dalam perjalanan, singgah di Esso berdekatan Jusco Bukit Raja, untuk mengambil Bert.

Sampai disana, Apai dan Ihsan dah sedia menunggu. Kuih muih, bubur dan makanan ringan untuk berbuka sudah siap tersusun di atas meja. Apai selaku pengarah projek berbuka puasa ini, telah melobi kepada aku untuk berbuka di Bagan Seafood yang dikatakan jauh lebih sedap sajiannya dan murah berbanding Muara Seafood yang terletak di Port Klang juga.

Sementara tunggu berbuka lepak-lepak tengok kapal besar dari atas jeti. Sesiapa yang kaki pancing boleh juga melontar joran sebaling dua sementara menunggu waktu berbuka, kerana ada kolam pancing di sebelah premis ini.

Menu hidangan yang telah dipesan oleh en Apai dan en Ihsan adalah; Nasi Putih, Ikan Kerapu MAsak Stim, Ikan Siakap Tiga Rasa, Udang Butter, Ketam Kari, Ayam Goreng Lemon, Sotong Tepung, Air Sirap, Air Sirap Bandung, Teh Cina dan Kuih Muih.

Menjelang waktu berbuka, Ah Sok, Seri, Giteng, Toji, Jibam, Kacap dan Cpot pun sampai dan terus menghadap makanan. Beberapa menu belum sampai. Beberapa orang buka puasa dengan asap cuma.

Setelah bil diperoleh, dan pengiraan dilakukan, sejumlah RM 27 untuk satu kepala perlu dibayar. Walaupun kami skeptikal yang en Apai mungkin telah kowtim dengan tokey restoran, tapi kami tetap sangka baik, sebagai menghormati bulan puasa (Entah-entah 7 Ringgit je sekepala, Apai dan makap 20 ringgit, bisik Bert kepada aku..heheheh...)

Jam 9.15 kami bergerak pulang ke surau dan masjid masing-masing untuk menunaikan solat terawih. Errr...kecuali En Apai dan en Ihsan yang bergerak dengan gumbira hasil duit makap ke karaoke Green Box di Bukit Tinggi..muahahah..

Berikut adalah gambar yang sempat dirakam.















Monday, September 15, 2008

Yay! Dah Sampai!

Tadi, balik pejabat, ada satu bungkusan 'by air mail' yang aku tunggu-tunggu. Akhirnya sampai juga.

Buku yang dipesan melalui PaulTomkins.com lebih 3 bulan lalu, akhirnya selamat diterima. Buku 'Dynasty - Fifty Years of Shankly's Liverpool : Reassassing Shankly, Paisley, Fagan, Dalglish, Evans, Houllier & Benitez' adalah merupakan buku Paul Tomkins yang ke 3 aku miliki.

Oh ya, ini cerita tentang sms malam sabtu hari tu.

Kawan aku, penyokong-penyokong team setan memulakan perang psikologi dengan menghantar sms-sms kepada aku.

"En aran, sudahkah anda bersedia menghadapi kekalahan yg x b'kesudahan mlm ni? Muhahahaha.. Dr penyokong mufc yg power ;-)" - Litat

Gua reply, "apa nih, bulan ramadhan ni, banyakkan pahala, tu semua dunia je..."

Padahal gua kat depan tv dah, tunggu sepak mula hehehehe...

Lepas 3 minit sepak mula, dah kena sebijik. Dan-dan sms masuk.

"Aduyai... Cepatnya..." member kampung memulakan kempen membakar.

"Hahaha aik tak kan x nak jwp phone. Br 3 min dah tkedu hahaha SAMPAH!!" Megat pulak bikin panas.

Tapi, lepas lebih 94 minit perlawanan, habis sahaja wisel penamat, aku la pulak ligat hantar sms kat diorang.

"Weh, aku baru balik terawih ni, sapa menang?" aku bagi sms kat derang.

Guess what? No Reply. Muahahahahahaha!!!

You'll never walk alone, yeah!


Friday, September 12, 2008

RPK kena ISA Lagi

Blogger terkenal dan kontroversi, Raja Petra Kamaruddin telah ditahan dibawah undang-undang drakonian, ISA tengahhari tadi, lapor Malaysiakini.

Pak Lah...Pak Lah...when will you ever learn?

Wednesday, September 10, 2008

Cerhypen

Kepala aku dihentak dengan bontot M4A1 oleh askar fasis Pembela Watan yang menggeledah seluruh ceruk rumah. Habis terbalik rumah aku di buatnya. Bibir aku sudah pecah-pecah. Ada darah mengalir dari atas kepala aku meleleh di sisi dahi.

"Mana kau simpan babi-babi tu semua hah!"
"Babi?"
"Cina-cina tu lah, bahlol!" Dia ketawa. Yang lain pun begitu juga, ketawakan aku.
"Aku tanya ni, kat mana? barua!", seraya satu sepakan hinggap di belakang badan. Aku tergolek.

"Kau tak sayang nyawa ya? Sanggup kau bela lipas-lipas tu? Diorang sedut serba mak nenek kekayaan kat tanah air kita ni, jadikan kau hamba, kuli batak, lagi kau nak bela diorang tu!?" Jerkahnya lagi. Yang lain makin galak hilai tawanya.

"Mana kau sorok diorang hah!", muncung rifel M4A1 sudah melekat dengan kepala. Ada riben warna merah dan putih di ikat pada kelopak pelurunya. Dilengan mereka pun ada kain yang diikat dengan warna yang sama.

"Aku tak tau apa-apa pun, sumpah... kalau kau nak tembak, kau tembaklah...", aku bersuara. Antara dengar dan tidak. Aku rasa tidak berdaya, nyawaku mungkin tamatnya dalam beberapa ketika lagi.

"Huh...kali ni aku lepaskan kau. Tapi kau kena ingat, mata aku di mana-mana, kalau aku dapat tangkap kau tolong lipas-lipas tu, aku tak bagi salam dah, aku sembelih kau terus... dah, jom!", Ketua pemberontak Pembela Watan memberikan aku amaran, lalu keluar bersama-sama anggota yang lain. Di luar, mereka letupkan kereta pacuan empat roda aku dengan bom tangan.

Letupkanlah. Kereta dan apa jenis kenderaan persendirian tidak berguna lagi di sini. Harga bahan api naik melambung, tiada siapa mampu membelinya lagi. Duit Ringgit Malaysia tiada lagi mempunyai nilai. Tukaran wang asing sudah melangkaui angka RM 1000 untuk satu Dolar Amerika.

Nyawa cuma berharga bila ada bersama kau senjata, rifel dan peluru, pisau atau pedang. Bila kau mempunyainya, kau seorang pejuang, tak kira apa perjuangan kau, itulah yang membuatkan kau dan nyawa kau berharga di masa-masa getir seperti ini.

Sama ada kau mati terbunuh, atau hidup membunuh.

Aku, mengesot perlahan-lahan ke pintu stor. Kaki aku sudah patah agaknya. Rasa kebas dan ngilu dekat tulang peha. Patah kena sepak dengan askar Pembela Watan tadi. Kemudian aku berpaut pada tombol pintu, aku gagahkan diri untuk bangun dengan sebelah kaki.

Kotak-kotak yang berselerak akibat diselongkar oleh askar fasis yang singgah tadi, aku alihkan, sehingga aku nampak permukaan lantai yang dibalut dengan tikar getah. Dibawahnya terletak sekeping papan lapis. Aku alihkan kesisi. Terlihat satu penutup besi seperti yang biasa dilihat di atas permukaan jalan.

Aku bukakan penutup tersebut, kelihatan satu lurang yang lengkap dengan tangga tegak menuju ke ruang bawah. Terdengar sayup gema bunyi orang terbatuk.

Apabila aku sampai ke bawah dengan susah payah menahan kesakitan menuruni tangga itu, semua penghuni ruangan itu menyerbu aku.

"Apa hal tadi, are you ok?" Lim, bekas bos aku menanyakan keadaan diri aku, wajahnya penuh kerisauan. Isterinya sedang tersandar lesu di dinding. Ah Seng jiran sebelah rumah duduk sambil memeluk kedua-dua anaknya. Isterinya terbaring tidak bermaya. Sudah 3 minggu mereka duduk di ruang itu dan hanya makan sekali sehari, bekalan makanan yang ada tidak cukup untuk menampung semua orang dalam jangkamasa yang panjang jika mereka makan lebih dari sekali sehari. Walaupun begitu bekalan makanan mungkin akan sampai dalam sehari dua ini.

"Fucking fascist pigs datang, I almost dead up there.."
"They know?"
"Nope...but i think they suspect me ada simpan you all kat sini..."

Bini aku, aku hantar ke kampung beberapa hari sebelum penggulingan kerajaan berlaku. Masa itu, khabar angin kencang bertiup, aku harus selamatkan apa yang aku miliki. Di kampung lebih selamat, kerana kebanyakkan mereka pro-Pembela Watan, namun apa yang penting anak dan bini aku selamat di sana.

Di kawasan bandar seperti di sini, tempat tinggal aku, banyak sekali pertempuran berlaku, kerana askar Pembela Watan yang menggulingkan kerajaan menghadapi tentangan sengit daripada pemberontak. Pemberontak Gelombang Baru. Pro kepada idea satu negara, satu bangsa. Ideologinya berpaksi kepada keadilan untuk semua, tiada kaum yang lebih supreme dari yang lain.

Mereka gelarkan diri mereka pemberontak, kerana ahli-ahli mereka berlatarbelakangkan aktivis masyarakat, golongan kiri, sosialis, rakyat biasa, golongan pekerja, dan dari segenap lapisan masyarakat yang anti-establishment, yang menentang polisi pemerintah dari zaman kemerdekaan yang memerintah mengikut pecahan kaum walaupun setelah lebih 70 tahun merdeka.

Operasi mereka tidak mempunyai sebarang modus operandi yang tetap, walaupun kebanyakkan daripada operasi mereka adalah menggunakan teknik serang hendap ala gerila dalam unit-unit yang kecil.

Namun siapa yang membiaya mereka, aku tidak pasti.

Satu pandangan menyebut, pemerintahan sebelum kerajaan yang ada digulingkan ini, dari zaman merdeka hanya meniru corak pemerintahan penjajah. Divide and Rule. Sejak sekian lamanya itulah corak perundangan dan polisi penjajah itu diguna pakai.

Pembela Watan ini adalah puak ekstremis serpihan dari parti pemerintah yang pada mulanya cuba meraih sokongan melalui politik, namun cubaan itu gagal, dan akhirnya, mereka merampas kuasa menggunakan kekerasan, dan yang menjadikan mereka entiti yang kuat adalah kerana mendapat sokongan sebahagian besar dari pihak tentera kerajaan.

Setelah mendapat kuasa memerintah, keadaan menjadi sangat teruk. Ekonomi terus jatuh menjunam, rakyat hilang pekerjaan, orang-orang Cina, India, Serani dan semua yang bukan bumiputera dihalau keluar dari rumah mereka. Rumah mereka dibakar, ada yang terbunuh dalam kebakaran.

Mereka ini menjadi pelarian, berjalan tanpa hala tuju ke sana ke mari, kebanyakkannya apabila bertembung dengan bala tentera Pembela Watan ini, akan dibunuh begitu sahaja, ada yang dirogol, ada yang diseksa, semuanya atas nama bangsa.

Sesiapa yang bersekongkol dengan orang bukan bumiputera akan diseksa dan dibunuh. Apatah lagi didapati melindungi mereka.

Malaysia pada masa ini telah disekat ekonominya oleh Polis Dunia, Amerika dan PBB. Tanah yang dulunya dikenali Suvarnabhumi atau bumi emas, kini menjadi bumi neraka. Keadaan huru hara di sana sini. Pembela Watan telah mengisytiharkan nama Tanah Melayu sebagai nama baru negara ganti kepada Malaysia.

Keadaan yang gelap, lembab dan kadang kala bau busuk yang keluar dari saluran udara yang bersambung dengan tangki najis, meresahkan 9 susuk badan yang berlindung di ruang bawah tanah itu. Walaupun aku boleh saja untuk naik ke atas tapi aku tidak mahu, aku hanya akan naik bila perlu, dan dengan kaki aku yang tercedera ini, barangkali aku mungkin lama akan duduk di bawah ini.

Tiba-tiba kedengaran penutup lubang itu diketuk berkala-kala. 3 ketukan, senyap. 1 ketukan, senyap. Sampai 3 kali.

Aku tahu, bantuan telah tiba. Tiga atau empat hari lepas aku berjaya berhubung dengan unit tentera pemberontak yang terdekat melalui radio amatur. Aku suruh Lim bukakan penutup, walaupun dia agak risau dan terkejut pada mulanya. Aku katakan, bantuan telah tiba, dengan teragak-agak dia memanjat tangga untuk membuka penutup lubang ke ruang atas.

"Eh, kau Zul?"
"Ya, Allah! Macam drama dah ni!", disambut dengan derai tawa gembira dan satu pelukan.

Tanpa disangka, aku bertemu sahabat lama yang sudah lama tidak ketemu. Dia anggota unit yang datang memberikan bantuan makanan dan senjata kepada kami. Lim dan isterinya, Uncle Dorai, Pakcik Kelantan mahu mengikut mereka mengangkat senjata, tidak betah lagi untuk terus bersembunyi. Cuma Ah Seng dan keluarganya tidak ikut serta, Ah Seng tidak mahu meninggalkan anak-anak dan isterinya.

Aku, sangat-sangat mahu untuk bersama mereka, namun keadaan fizikal aku yang cedera ini, akan melambat-lambatkan pergerakan mereka.

Selepas memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya kepada kecederaan di kaki aku, unit tersebut meninggalkan kami dengan bekalan makanan dan senjata untuk mempertahankan diri. Dua laras AK-47 beserta bekalan peluru untuk aku dan Ah Seng.

Aku terkenang kembali di zaman tanah air ini masih aman dan tenteram. Mungkin ini semua terjadi akibat perasaan was-was, buruk sangka, rasa tidak puas hati dan iri hati yang terpendam sekian lama dikalangan warganegara. Segala isu, tidak dibincangkan secara jujur, sebaliknya pendekatan autoritarian yang menekan segala pandangan yang bertentangan dengan dasar kerajaan di patahkan tanpa hujah ilmiah yang bernas. Itu belum lagi dengan para opportunis yang mengambil kesempatan di atas segala kelemahan yang ada untuk kepentingan diri atau golongan yang mereka wakili, akibatnya puak-puak fanatik dan eksterimis ini mengambil jalan sendiri untuk berkuasa.

Aku terfikir betapa susahnya, nenek moyang kita dulu berjuang untuk kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah, baik yang menentang secara bersemuka, berselindung, menentang menggunakan senjata atau yang menggunakan diplomasi. Kesemuanya untuk memerdekakan tanah air yang tercinta ini, tetapi senang sekali untuk kita meruntuhkannya.

Kini, apa yang aku takutkan sangat telah menjadi kenyataan. Aku juga terfikir, sambil menggenggam erat laras AK-47 ini, is it worth it?

Saturday, September 6, 2008

Kepala Berserabut

Sejak akhir-akhir ini, kepala aku sering berserabut.

Hal diri sendiri dengan isteri, anak dan keluarga.
Hal diri sendiri dengan kerja di pejabat, rakan sekerja, bos, klien, sub-kon, main-kon, kontrek jungkies (pinjam istilah Brader Isham).
Hal diri sendiri dengan sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kenalan. Dan juga jiran tetangga.
Hal diri sendiri dengan perkara-perkara lain yang sangat dekat di hati, Liverpool FC, bolasepak tanahair dan survival kehidupan ditengah-tengah kemelut kenaikan kos sara hidup.
Hal diri sendiri dengan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan diri tetapi ada kesan langsung, kemelut politik tanahair, isu-isu terkini tanah air.
Hal diri sendiri dengan diri sendiri. Krisis keyakinan diri dan krisis di persimpangan. Menuju ke alam tua.
Itu belum kira hal diri sendiri dengan Tuhan yang menjadikan. Lagilah bertambah serabut kerana jalan yang aku langkahi ini memang pasti menuju ke neraka.

Serabut jadi manusia, sebab kita ada akal. Ada akal untuk berfikir. Ada fikiran untuk membuat keputusan. Keputusan datang dengan memilih. Pilihan yang ada jadikan otak kita serabut. Dalam pada itu, apabila datang keputusan, keserabutan hilang, ketenangan datang kembali, jika keputusan itu dinilai sedalam-dalamnya.

Dan setiap keputusan itu ada kesannya. Kesannya itu akan mendatangi kita dikemudian hari. Apabila kesan itu datang, bersedialah untuk berserabut kembali.

Boleh saja aku mengambil sikap apathy. Tidak peduli. Biar saja. Lantaklah. Namun apa guna jadi orang yang tidak mengambil tahu. Tidak tahu itu kebodohan. Tidak mengambil tahu pula kebodohsombongan. Biar serabut jangan jadi bodoh. Biar bodoh jangan jadi bodoh sombong.

Maka biarlah aku kembali berserabut untuk kesekiankalinya dalam kehidupan sebagai manusia.

Friday, August 29, 2008

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan

Menjelang Hari Kemerdekaan ini, hanya ada satu makhluk yang tidak merdeka, iaitu Syaitan Ar-Rajim sebab 1 September ini bermulalah 1 Ramadhan bagi semua umat yang percaya dan yakin bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah, dan Muhammad itu Pesuruh-Nya, memulakan ibadah puasa.

Sempena Ramadhan al Mubarak ini, aku ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata dan perbuatan, halalkan makan minum, (hutang piutang tak perlulah dihalalkan kerana aku akan cuba membayarnya) dan redhakan segala perbuatan dan perkataan yang menyakitkan hati kalian para pembaca, rakan-rakan, kenalan dan sesiapa yang mengenali aku, Asyran Bin Shamsuddin.

Sempena Hari Kemerdekaan ke 51 ini sama-samalah kita berdoa supaya tanahair Malaysia yang tercinta ini berubah menjadi lebih baik dari sekarang, menjadi lebih aman dari yang ada sekarang, menjadi lebih maju dan kekayaannya lebih melimpah ruah dari yang ada sekarang.

Apa yang lebih penting, keamanan, kemakmuran, kemajuan dan kekayaan dapat dinikmati bersama oleh kita semua, rakyat Malaysia.

Sama-samalah kita hayati bulan kemerdekaan dan bulan mulia ini dengan amalan-amalan yang dapat mendatangkan rasa keinsafan sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang hamba kepada Allah S.W.T.

Salam Kemerdekaan dan Salam Ramadhan.

Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh - Satu Pilihanraya Kecil dan Harapan Besar Yang Menggunung

Esok, rakyat di seluruh ceruk kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh akan keluar mengundi. Dipetik dari laman web SPR:

"5. Bagi tujuan pilihan raya kecil ini, menurut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan bahawa Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari 2008 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun 2008 yang diwartakan pada 19 Jun 2008 dan dikemaskinikan sehingga 31 Julai 2008, hendaklah digunakan dalam pilihan raya kecil P.44 Permatang Pauh ini. Seramai 58,459 pemilih yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pemilih pos adalah layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil bagi P.44 Permatang Pauh ini."

Jadi, seramai 57969 orang yang akan keluar mengundi dan sebanyak 490 undi pos akan menentukan sama ada Anwar, Arif atau Hanafi yang akan menjadi wakil mereka ke Parlimen.

Namun begitu, keputusan yang akan diketahui malam esok bakal menentukan arah tuju, iklim dan suasana politik di Malaysia selepas ini sehingga PRU ke 13 nanti, bukan hanya sekadar mencari wakil Permatang Pauh di Parlimen.

Sama ada PKR bersama Pakatan Rakyat yang belum lagi menunjukkan kejituan dan kesepakatan yang betul-betul kukuh di antara PAS, DAP dan juga PKR, akan terus diberi mandat untuk mengemudi Malaysia keseluruhannya satu masa nanti, atau BN masih lagi diberikan kepercayaan untuk terus memerintah dan mengekalkan populariti mereka yang sedang ternoda imejnya sekarang ini.

Sama ada rakyat mahu melihat Anwar menaiki takhta PM di Putrajaya, sama ada rakyat mahu terus selesa dengan pemerintahan BN dibawah Pak Lah dan Najib, segala-galanya akan terjawab esok.

Harapan aku, rakyat Permatang Pauh juga berkongsi aspirasi dengan rakyat di Negeri Selangor, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang telah menunjukkan kuasa betul-betul berada di tangan mereka pada 8 Mac lepas.

Tuesday, August 19, 2008

Reka Manga/Avatar Anda Sendiri!

Melawat blog Chot di Aku dan Sesuatu tadi, terjumpa entry ini tentang rekaan manga/avatar diri sendiri. Jadi, inilah hasilnya.



Err...ada rupa macam aku ke? Rasa-rasanya, macam ada 70%.

Buku Baru



Ada 2 buah buku baru saja aku dapati dari Bert semalam. Satu Social Roots Of The Malay Left oleh Rustam A Sani, dan satu lagi Di Balik Malaysia, Dari Majapahit ke Putrajaya oleh Farish A Noor.

Tambahan kepada belasan buah buku yang belum aku sempat baca mukadimahnya pun.

Walaubagaimanapun, buku berwarna merah Social Root of Malay Left itu telah membuat aku terlajak waktu tidur malam tadi.

StatCounter